Skip to main content

Rahsia Kekayaan 14 Rahsia Minda Jutawan

Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan
oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.
(Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

– 1 jadi jutawan
– 4 hidup senang
– 5 masih bekerja sebab terpaksa
– 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan
– 36 mati
Adus….
Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada
100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini
saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan
orang susah:

1: Orang kaya percaya “Saya yang mencorakkan hidup saya” Orang susah percaya “Semuanya sudah nasib”
2: Orang kaya berbisnes untuk menang. Orang susah berbisnes supaya tak rugi.
3: Orang kaya komited untuk jadi kaya. Orang susah hanya nak kaya.
4: Orang kaya berfikiran luas & jauh. Orang susah berfikiran sempit.5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang. Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.
6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya. Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.
7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & Berjaya. Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.
8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes. Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.
9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah. .Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.
10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru. Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.
11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil. Orang susah memilih dibayar melalui masa.
12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya. Orang susah kerja kuat untuk cari duit.
13: orang kaya bertindak walaupun takut. Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.
14: Orang kaya pandai uruskan kewangan. Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar
dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan,
saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat
perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.

Ingat, “think rich to get rich!”

Sekian Terima Kasih

Amiruddin Basri

3 thoughts on “Rahsia Kekayaan 14 Rahsia Minda Jutawan

  1. I read books for a while but now I changed it to great blogs. Your place is one of the eleapxms why I decided to pay more attention to internet because they are much more updated than books and these days information is generated very fast.

  2. I just want to say I am just beginner to blogging and site-building and actually liked your web-site. Probably I’m want to bookmark your site . You certainly have remarkable posts. Kudos for sharing your blog.

  3. Wow, this was a really qaltiuy post. In theory I’d like to write like this too taking time and real effort to make a good article but what can I say I procrastinate a lot and never seem to get something done.

Leave a Reply