Skip to main content

Teknik Settle Hutang Kad Kredit

Kes Bankrap Meningkat

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang pinjaman dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun. Pemilik kad kredit dari golongan ini menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.

Hanya dengan sekeping kad sahaja, orang ramai dapat berbelanja apa saja dan dimana saja. Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai pinjaman. Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.


Ramai yang pening dan mengigil apabila menerima statement kad kredit
setiap awal bulan!

Macam mana nak Settle Hutang kad kredi ni?

Yup.. anda mesti bayar paling kurang minima kalau tak kena kejar setiap
hari dengan bank. Orang bank yang call ni akan kejar anda sampai dapat
sebab mereka dapat komisen bila anda bayar nanti. Masyuk..

So soalnya sekarang bagaimana kita boleh kurangkan hutang kad kredit
yang boleh buatkan kita senak perut.

Kad kredit ni kita tak boleh buat main-main sebab ramai yang muflis
kerana godaan kad kredit ini.

Hutang kad kredit nie, dia punya range interest antara 13.5% – 17.5% setahun,
punyalah tinggi kan? Loan kereta baru buatan tempatan pun baru sekitar 3%-4%
je setahun.

Contoh: Jika anda mempunyai baki tertunggak kad kredit sebanyak RM10,000 anda
perlu membayar minima sebanyak RM500 (RM10000x5%) selama 89 bulan! 20 bulan anda
bayar principal dan 69 bulan lagi anda bayar interest bank. Sebab tu lah bank kaya!

Disini saya tunjukkan beberapa teknik yang boleh anda gunakan untuk ucapkan
good bye kat kad kredit ni:

Teknik 1: Balance Transfer : dimana anda memindahkan baki kad kredit anda
kepada kad kredit lain yang rendah interestnya. Anda boleh buat survey kad
kredit yang rendah interest di google. Apabila anda pindah, sila lupuskan
kad yang lama tadi dan mula bayar bulanan untuk kad yang baru.

Teknik 2: Personal Loan: disini anda boleh memohon personal loan daripada
bank (bukan along) dimana interestnya lebih rendah iaitu antara 7-9%. Selepas
dapat pinjaman ini anda bayar semua kad kredit dan tutup. Mulakan membayar
pinjaman bank selepas itu. Ini akan menjimatkan wang anda.

Teknik 3: Buat bayaran ansuran: jika anda benar-benar tersepit ini adalah
cara terakhir. Anda call bank kad kredit anda dan katakan anda nak berhenti
guna kad kredit dan bayar melalui installment. Dengan cara ini bank akan
berikan anda beberapa pilihan jumlah yang mampu anda bayar untuk melunaskan
hutang kad kredit tersebut. Jika sebelum ini anda bayar RM500 sebulan, selepas
buat installment anda boleh bayar RM200 atau RM300 sehingga habis.

Jika anda mempunyai masalah bebanan hutang kad kredit anda perlu bertindak
untuk mulakan salah satu daripada 3 langkah diatas sebelum terlambat.

Ingat kata Albert Einstein : “Mereka yang yang GILA ialah buat sesuatu
yang sama berkali-kali dan mengharapkan hasil yang berlainan!”

Sekian Terima Kasih

Amiruddin Basri

One thought to “Teknik Settle Hutang Kad Kredit”

  1. I just want to say I’m all new to blogs and certainly liked you’re web-site. Probably I’m going to bookmark your site . You definitely come with perfect articles and reviews. With thanks for sharing with us your web-site.

Leave a Reply