Skip to main content

Mental Kental, Semangat Kekal

Saya mahu anda ingat ayat di bawah: “Mental Kental, semangat kekal!

Ermm.. dah ingat? Sila ulang 3 kali Ia ada kaitan dengan artikel ini ye.. Lebih baik anda mengingatnya sebelum meneruskan pembacaan OK.

Ok, hari ini saya nak cakap mengenai kuruskan badan. Ye lah,  maksud saya merangkumi badan yang ada spare tyre kat pinggang, pinggung yang errmmm lebar, peha yang besar, double chin dan lain-lain (rasanya anda lebih tahu kot)

Perkara paling asas dalam nak kuruskan badan ialah SOAL MENTAL! bukan soal pil-pil kurus, bukan soal ke slimming centre, bukan soal  supplement atau jus-jus menguruskan badan TAPI IA SOAL MENTAL ANDA.

Mental anda yang menentukan samada anda layak kurus  atau sebaliknya. Kenapa?

Sebab mental yang diubah akan mengubah tabiat.. Ermm, sukar untuk memahami apa yang saya  maksudkan? Oklah, ini saya berikan satu contoh:

“Cik Syasya (bukan nama sebenar) seberat 97kg nak kuruskan badan. Beliau di sarankan oleh rakan baik beliau untuk mengambil jus menguruskan badan. Harga dalam RM 200 begitu yang perlu dihabiskan dalam sebulan. Cik Syasya suka sangat makan, kalau
makan tak tambah nasi tu, bukan Syasha lah namanya..

Bersenam apa tah lagi, ‘rajin’ sangat.. tiap-tiap petang ‘rajin bersenam’ atas katil sambil membaca novel.  Dan setelah 3 bulan mengambil jus kurus tu, ternyata beliau telah turun 25 kg.. wahhhh gembiranya Cik Syasha.

Beliau pun stop mengambil jus tadi,  masih mengekalkan kehidupan seperti biasa.

Lepas 5 bulan, berat Cik Syasya naik jadi 105kg.. Cik Syasya kecewa kembali”

Tamat cerita Cik Syasya, dan dapat disimpulkan bahawa Cik Syasya:
– telah menghabiskan RM600 selama 3 bulan
– menjadi gemuk semula setelah 5 bulan

Agak-agak andalah, kenapa jadi begitu? Itulah maksud saya, bila mental tak diubah, maka tabiat juga tidak diubah.

Dalam kes Cik Syasya, mental Cik Syasya tidak  mengubah tabiatnya, beliau masih makan dengan banyak, beliau masih tidak bersenam..

Dan paling menakutkan, beliau kembali gemuk.. Malah lebih gemuk daripada sebelumnya.

Nak kuruskan badan, mental harus diubah ye.. Lakukan senaman setiap hari akan mengubah tabiat.
Makan makanan seimbang setiap hari akan mengubah  tabiat. Dan yang paling best sekali, anda akan mendapat result yang kekal seumur hidup. Anda akan menjadi semakin sihat.

Namun, nak kuruskan badan ni bukan semudah
seperti membeli sebiji donut. Ia memerlukan
dorongan dan semangat! Bukan sahaja semangat
dalam diri anda, tetapi semangat dari
persekitaran anda.

Nak dapat persekitaran tersebut bukannya mudah, seringkali mereka yang nak kuruskan badan ni dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang suka memerli.. Betul tak? hehehe.. sabar je lah.

Sekarang, ingat lagi tak ayat mula-mula tadi? “Mental Kental,semangat kekal!”

Saya telah menjumpai seseorang yang dapat mengekalkan semangat anda kalau anda nak kuruskan badan. Orangnya bernama  En. Ben, telah menguruskan program kuruskan badan melalui pemantauan secara Online yang pertama di Malaysia.

Cuba lihat apa yang telah beliau usahakan dalam membantu golongan obesiti ni di Dietkamikaze

Mungkin beliau dapat membantu anda pula selepas ini.. mana tahu.. yang penting ada usaha, ada kejayaan 😉

5 thoughts on “Mental Kental, Semangat Kekal

  1. perh petak tu smart gila weh!!!!! hahaa. cisdel eoiditn punya garpu mcm err mcm pencungkil tanah je T____________T hahahaha okbai[]admin Reply:April 22nd, 2011 at 4:03 pmerrr errr errr hahaha

  2. I just want to tell you that I am beginner to blogging and really savored this blog site. More than likely I’m planning to bookmark your blog . You really come with good writings. Thanks a bunch for sharing with us your web site.

  3. kalau beli kat mak aku, kompom masuk frame[]admin Reply:April 22nd, 2011 at 4:04 pmaaklu masuk frame takpe.. jangan terbiar je dalam almari berabuk sebab sayang nak pakai hohoho

  4. Pingback: yozdtltbv

Leave a Reply